Terbang ke Jogjakarta ( Part 1)


Assalamualaikum..... n selamat petang uols,

Bersiaran kembali ...yeaahhh!!!, ermmm kali ni nak citer pasal jalan-jalan ke Jogjakarta@Yogyakarta...ok yang paling eksaited sekali ofkos my lil son. sebab apa??. cer teka. sebab utamanya dapat naik kapalterbang... aduhh!! biasalah budak2 tgh nak membesar. 

OK!.. cuti kali ni kami pergi beramai-ramai dengan family mertua, sepupu2 husband. 3 hari 2 malam jer. Kami pergi dengan agen, yerlah manalakan tau kt tempat org so guna khidmat tourist guide lagi senang sediakan je ongkosnya...Bertolak hari Jumaat dari KLIA2 pepagi sebelum subuh dah ke airport. Solat subuh dekat airport. Perjalanan ke sana naik flight ambil masa 2 jam30 minit. Nama airport di Jogja tu Adisucipto International Airport. Tapi disebabkan airport kat sana time tu full, parking takdo, so flight kami berpusing2 la di atas... memula mcm pelik eh kenapa tak landing2 lagi ni lepastu tgk view dari atas ni kenapa macam sama jer.. ghupernya sebab parking full. hehehe. So lebih kurang 3jam la baru sampai. Setel kan dengan borang2 yang perlu diisi kat airport kemudian, kami disambut dengan tourist guide kami. Ibu Sri (sebenonyer nama dia panjang sgt ssh nak ingat).

Kami dibawa terus ke resto(restoran) dengan menaiki bas sebab time tu dah waktu lunch perut pun dah lapar.. Selesai makan2 sambil menikmati pemandangan sawah padi yang menguning. Siap makan kami terus pegi shopping.. apa lagi kalau bukan batik. on the way nak ke hotel, perkara yang tak dijangka terjadi. Bas yang bawa kami rosak, minyak hitam bocor. Driver pun repair kat tepi jalan ..kitaorg lepak2 tepi jalan... lebih kurang sejam lebih jugak la. Alhamdulillah akhirnya perjalanan dapat diteruskan. terus ke hotel..rehat2 solat mandi , malam keluar semula untuk diner.

 layan gambar2 dulu...


duit rupiah.. jadi juragan jap.. hahahha

 Muka excited dapat naik flight. ingatkan dia takut rupanyer mulut tak reti diam dalam tu. kakaknyer yg gayat2.
View dari atas.. cantik kan

Bas kami di sana



Tourist Guide kami.. baik n peramah orangnyer

lunch di restaurant.. macam2 ada... best2. kami lunch di Prambanan Gallery Resto.

sawah padi tepi restoran
view dalam restoran..tingkat bawah.

tingkat atas, tempat kami lunch
shoppingggg time.. day 1 ( Batik Gunawan Setiawan) 





batik saja kat sana...

penat soping....rehat jap

Bilik kami - day 1.. Korang tau apa nama hotel ni .. LOJI Hotel.. aperrr??? tapi ianya sangat selesa uols, tak padan dengan namanya....





 Malam tu kami makan di restoran yang menyediakan masakan Jawa ... rating untuk makan malam 3 star... biasa2 jer. Tapi desert dia memang superb macam cendol tapi bukan cendol.. tapi sedap... ssh nak terangkan. Yang bestnya bila guna agen ni tempat mkn dia dah sediakan/booking siap2 untuk kita. mostly restoran yg dia bwk semua 5*****.... mmg terbaiikkk.
haaa ni la desert yang I ckp tu.. macam cendol kan..

Habis Day 1, kita tido dulu.. esok2 I sambung lagi Part 2.. sesi lawatan ke Istana dan pantai

Comments

Popular posts from this blog

AJLAA VILLAGE RESORT

Avillion Hotel Port Dickson (part 1)

Member Trip ke D' Nelayan Beach Resort Melaka