Avillion Hotel Port Dickson (part 1)

Assalamualaikum, & salam sejahtera,

Last bercuti untuk tahun 2016.. kot la kan.. bercuti kali ni selama 3 hari 2 malam di Avillion Port Dickson atau lebih dikenali Avillion water chalet. Bertolak dari kampung pukul 11.00 pagi, actually dokek jo kalau dari kampung mak mertuo den.. eh tersasul ckp nogori plak.. hehehe, perjalanan yg singkat sebenarnya, tetapi disebabkan melayan ragam si baby saya rasa macam jauh plak PD ni. Perjalanan seolah2 terganggu tetapi saya dan husband tetap sabar dan teruskan juga perjalanan disebabkan percutian kali ni adalah kerana ada event/dinner ofis husband. Dia ada dinner company di Avillion so kami join untuk bercuti...hihihihi tapi kena bayor sendiri yg untuk family yer..husband bayar half jer la utk bilik kami tu. takde makna company tu bermurah hati nk tolong bayor.. Kenapa saya kata terganggu, biarlah saya simpan jer.. maaf ye, ok !

Sampai di Avillion pukul 1.30 petang, kalau ikutkan dah sampai awal sebenarnya tapi terlajak... ahahaha..lagipun sampai awal bukan boleh check in pun kan. Sebab kena lah tunggu geng komiti husband tu arrange bilik apa semua kan.. so kami lepak2 jer dulu kt tepi kolam ikan..




Kami disambut dengan muzik caklempong ni... syok jer..

Betty & Kyra





Ok, pukul 3.30 baru dapat masuk bilik, mmg lmbt yer... sebab ikut komiti mcm saya ckp tadi, kalau kita pegi sendiri cepat jer rasanya. tapi minggu yg saya pergi mmg ramai org, and bilik pun semua penuh. ramai company buat event time tu kt situ..

Kami dapat bilik Water Chalet, ikut pada level husband kat company la kot dia bg bilik tu..





 
view bilik di water chalet.. katil queen dan day bed kt ujung tu..




bilik air di water chalet



Ok petang tu husband ada sukaneka dengan ofismate, saya dan anak2 lepak2 tgk diaorang bersukan kat tepi pantai tu sambil saya tolong snap gambar.. maklumler husband baru beli kamera baru saya nak lepaskan gian dah lama tak pegang camera...hihiihi




belakang tu bilik jenis apa pun tak tau laaa...



 mlm tu husband ada dinner kat tepi pantai.. so kami ber 4 duk diam2 dalam bilik.. makan pun saya order jer dari bilik.. senang.. sambil tgk tv. Total makan malam tu 100++ dgn air tembikai. Air jer dah 17.00 hengget hambek kauu.. dah anak mintak bapak tolong bayor jer lah.. Kenyang lah jugak melantak 3 beranak malam tu. Baby makan salmon tu jer..

Caesar salad with smoked salmon

spaghetti with salmon grill


view tempat dinner malam tu.. gambar ni diambil selepas habis dinner.. lebih kurang pukul 12.00 malam


Ok, event husband patut sampai hari ahad jer, tapi kami saja extra lagi sehari. bilik tu kami ingatkan nak stay lagi semalam kat bilik yang sama, tapi pihak hotel kata bilik kami tu dah ada yg booked untuk hari Ahad tu. So pihak hotel bagi kami bilik garden chalet.. so ok lah malam fisrt duk water chalet, 2nd night kat garden chalet plak.. merasa macam2 bilik kan.. harga time tu pihak hotel bagi less cikit sebab husband dari company yg buat event..harga garden chalet tu RM550.00/night dapat lah dalam 450.00. alhamdulillah rezeki anak2... hehehe.Tanya gak kenapa dapat murah, husband kata kenalah pandai ayat.. cehhhh!!!

bilik air di garden chalet


bilik air yg luas ya amattt...


bilik Garden Chalet.. katil King, day bed pun ada kat tepi tu haa...



view garden chalet dari luar.bilik kami yg atas tu




view dari balkoni bilik...


view dalam hotel


view dari lobi..


view dalam hotel


jalan menuju ke bilik-bilik




kerusi untuk santai-santai


pool.. dah pukul 12 pun ramai lagi mandi..

Lobi di kala malam...



ok... next entry gambar sekitar hotel time waktu siang plak.. kawasan hotel ni luas sangat.. n banyak tempat boleh dilawati.. pool je ada tiga... banyak kan. sebab tu kami stay kat sini sampai 3 hari..Nak bagi puas hati la katakan..

ok bye-bye..see u next entry..


Comments

Popular posts from this blog

AJLAA VILLAGE RESORT

Member Trip ke D' Nelayan Beach Resort Melaka